Selamat Datang

Koperasi Universiti Teknologi Mara Berhad

Koperasi ini pada permulaan penubuhannya diberikan nama KOPERASI INSTITUT TEKNOLOGI MARA BERHAD, atau ringkasannya KOOP.IT. Didaftarkan di bawah Seksyen 9 Ordinan Koperasi-koperasi 1948 dibawah ordinan-ordinan koperasi yang ke-33 pada tahun 1948, dan telah didaftarkan pada 12 Mei 1978 secara rasminya. Pada 13 Oktober 2001, dibawah nombor daftar KOOP INSTITUSI NO. 8, telah menukar namanya kepada KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD melalui pindaan undang-undang kecil yang ada pada hari ini dibawah sub-seksyen 18(3) akta koperasi 1993.